KESUMA bangun platform latihan baharu untuk pekerja

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang membangunkan platform program latihan baharu yang diluluskan pakar industri dan boleh diakses semua lapisan masyarakat.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata program itu akan memilih dan menghimpunkan kursus kemahiran terbaik yang ditawarkan oleh penyedia latihan dalam dan antarabangsa.

“Program pendidikan untuk pekerja kita perlu mengandungi komponen ini – belajar di tempat kerja, belajar melalui latihan dan pembelajaran secara berterusan.

“Ia juga mesti tangkas dan fleksibel atau dalam erti lain mesti boleh menyesuaikan dengan perubahan pantas dalam industri dan berupaya berbuat demikan dengan cepat.

“IR (Revolusi Industri) 4.0 harus menjadi revolusi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) kerana IR4.0 berkaitan dengan kemahiran,” katanya semasa berucap pada Forum Kemahiran Global, Tahun Kemahiran ASEAN 2025 di sini hari ini.

Forum itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Gilbert F. Houngbo dan Naib Presiden Pertubuhan Majikan Antarabangsa (IOE) Matthias Thorns.

Sim berkata di Malaysia, kerajaan telah menerapkan peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling) ke dalam pasaran buruh melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melibatkan majikan menyumbang satu peratus levi daripada jumlah gaji, yang boleh digunakan untuk melatih dan menaik taraf pekerja mereka.

“Untuk tempoh tiga tahun lepas dari 2023 hingga Ogos tahun ini, daripada RM6.17 bilion levi yang dikutip sebanyak RM5.77 bilion atau hampir 94 peratus telah dibelanjakan untuk melatih kira-kira empat juta pekerja,” katanya.

Beliau berkata sejak 2023, KESUMA menganjurkan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang memberikan peluang rakyat Malaysia mengikuti kursus kemahiran percuma selama seminggu, merangkumi pelbagai bidang daripada kecerdasan buatan, seni warisan, pengaturcaraan komputer, pengucapan awam, kemahiran digital dan kesihatan mental.

“Pada tahun pertama penganjuran, NTW menerima penyertaan 130,000 rakyat Malaysia dan jumlah itu meningkat kepada hampir 400,000 orang pada tahun seterusnya.

“Tahun ini, NTW merekodkan hampir empat juta penyertaan dalam tempoh hanya satu minggu, disokong oleh 1,556 penyedia latihan yang menawarkan 73,231 kursus percuma.

“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa Indonesia, Myanmar dan Timor-Leste telah mengambil konsep NTW, mengiktiraf potensinya untuk memperkukuh pembangunan tenaga kerja dan latihan kemahiran untuk dilaksanakan di negara masing-masing,” katanya.

— BERNAMA

Astro Awani. (2025, October ?) [exact day not specified]. KESUMA bangun platform latihan baharu untuk pekerja. Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesuma-bangun-platform-latihan-baharu-untuk-pekerja-544027

  • KESUMA bangun platform latihan baharu untuk pekerja
    KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang membangunkan platform program latihan baharu yang diluluskan pakar industri dan boleh diakses semua lapisan masyarakat. Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata program itu akan memilih dan menghimpunkan kursus kemahiran terbaik yang ditawarkan oleh penyedia latihan dalam dan antarabangsa. “Program pendidikan untuk pekerja kita perlu mengandungi komponen […]
  • NHCCE 2025 concludes three transformative days of empowering the workforce of tomorrow
    KUALA LUMPUR: The National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2025 has concluded at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), marking the end of three impactful days under the theme ‘Navigating the Human Capital Revolution’. The conference reaffirms its position as Malaysia’s premier platform for thought leadership, collaboration and innovation in the field […]
  • Malaysia’s worker productivity up 2.4pc per worker in 2024 as govt targets fewer foreign labour
    KUALA LUMPUR, Oct 7 — Malaysia’s worker productivity increased by 2.4 per cent in 2024, with value added per worker amounting to RM99,265 compared to RM96,914 in the previous year, according to the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI). Deputy Minister Liew Chin Tong said the rate was calculated based on the value of […]
  • 246 aduan Union Busting diterima, KESUMA pastikan hak pekerja terbela
    KUALA LUMPUR, 8 Oktober– Hak kebebasan pekerja menubuhkan serta menyertai kesatuan sekerja akan terus dilindungi terutama dari segi penindasan atau amalan union busting. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkatasejak tahun 2015 hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 246 aduan berkaitan amalan union busting telah diterima oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM). “Berdasarkan […]
  • TVET just got a major upgrade with RM7.9b in Budget 2026 to power Malaysia’s high-tech future
    KUALA LUMPUR, Oct 11 — The increased allocation for Technical and Vocational Education and Training (TVET) to RM7.9 billion under Budget 2026 reflects the government’s strong commitment to nurturing a skilled, high-income and innovative workforce.   National TVET Council (MTVET) member Howard Lee Chuan How said the focus on key sectors such as Artificial Intelligence […]
  • Budget 2026 introduces enhanced EPF scheme for gig workers, self-employed to boost savings
    PETALING JAYA: The Employees Provident Fund (EPF) will roll out several initiatives next year to boost retirement savings and social protection, particularly for informal and self-employed workers, under Budget 2026. Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that the government will introduce i-Saraan Plus, an enhanced voluntary contribution scheme designed for gig workers, e-hailing drivers […]
  • 2026 Budget: SMEs, microbusinesses to benefit from stamp duty relief, RM1bil digital financing
    KUALA LUMPUR: The government will raise the salary threshold for employment contracts exempted from stamp duty — from RM300 to RM3,000 per month — effective Jan 1, 2026. The move, announced under the 2026 Budget by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Parliament, aims to further ease the cost of doing business by reducing […]
  • Govt rules out gig firms’ mandatory contributions to Socso, for now
    KUALA LUMPUR (Oct 9): Malaysia has no immediate plan to compel gig economy platforms to make mandatory social security contributions though the government will consider the proposal for future policy improvements. The government recognises the need to preserve the flexibility and independence that define gig work, which distinguishes gig workers from conventional full-time employees under […]
  • Fewer than 300 union-busting reports in 10 years, says Human Resource Ministry
    KUALA LUMPUR: The Industrial Relations Department (IRD) reports receiving only 246 complaints of union-busting in the last 10 years. Deputy Human Resources Minister Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad said such complaints, received between 2015 and Aug 31 this year, related to union-busting practices or actions by employers that undermine trade union rights. Of the number, […]
  • High payouts for PERKESO
    KUALA LUMPUR: Sugar-related ailments, such as diabetes, are costing the Social Security Organisation (PERKESO) about US$100mil (RM421mil) in annual payouts. The Human Resources Minister highlighted PERKESO’s efforts in actively addressing occupational safety and health matters, with a strong commitment to contributing to the prevention of workplace mishaps. “We also conduct free medical checks to ensure […]