246 aduan Union Busting diterima, KESUMA pastikan hak pekerja terbela

KUALA LUMPUR, 8 Oktober– Hak kebebasan pekerja menubuhkan serta menyertai kesatuan sekerja akan terus dilindungi terutama dari segi penindasan atau amalan union busting.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata
sejak tahun 2015 hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 246 aduan berkaitan amalan union busting telah diterima oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

“Berdasarkan rekod Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPN), jumlah aduan berhubung isu Union Basting yang telah diterima pada tahun 2015 sehingga 31 Ogos 2025 adalah sebanyak 246 aduan. Dari jumlah aduan diterima, sebanyak 158 aduan telah berjaya diselesaikan di peringkat JPPN secara runingan damai. Dan 24 aduan masih lagi dalam tindakan Jabatan, manakala 64 aduan telah dirujuk ke Mahkamah Sekutuan Perusahaan untuk pendengaran kes,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, bawah Seksyen 8(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), Ketua Pengarah JPPM diberi kuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan aduan berhubung amalan tersebut.

Mengulas kes yang melibatkan syarikat Flextronics Penang dan XSD International Paper, katanya JPPM kini sedang melaksanakan rundingan damai dan inkuiri seperti yang diperuntuk dalam akta berkenaan.

“KESUMA melalui JPPM sentiasa proaktif melaksanakan program pendidikan perusahaan, pemantauan terhadap majikan serta menambah baik dasar sedia ada bagi memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni dan berkeadilan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” jelasnya.

Penyataan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bakri, turut mencadangkan agar kerajaan mempercepatkan ratifikasi Konvensyen ILO C87 bagi menjamin kebebasan berpersatuan, selain menggunakan peruntukan Seksyen 59 Akta Perhubungan Perusahaan untuk menyiasat majikan yang mengamalkan union busting.

Menjawab cadangan itu, Datuk Seri Abdul Rahman menegaskan bahawa kerajaan memandang serius perkara tersebut dan akan terus mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

“Union busting merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4, 5 dan 7 Akta 177, dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dilaporkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Ahli Parlimen Padang Terap turut mencadangkan supaya statistik aduan dan keputusan siasatan kes union busting disiarkan secara awam di laman web JPPM bagi meningkatkan ketelusan.

Timbalan Menteri itu menjelaskan bahawa laporan tahunan JPPM sudah sedia diterbitkan dan boleh dirujuk oleh orang ramai melalui Kementerian Sumber Manusia.

“Sehingga 2025, 246 aduan dan selesai rundingan damai 158 dan rujukan mahkamah perusahaan masih ada 64 dalam rujukan dan dalam masa yang sama kita tidak ada masalah kerana laporan dibuat setiap tahunan melalui Kementerian Sumber Malaysia di bawah JPPM itu sendiri dan boleh mengambil rujukan tersebut.

“Setiap tahun laporan tahunan disediakan dan data berkaitan jumlah aduan turut direkodkan secara rasmi,” katanya.

Siti Noorain Abdullah. (2025, October 8). 246 aduan Union Busting diterima, KESUMA pastikan hak pekerja terbela. Berita RTM https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/246-aduan-union-busting-diterima%2C-kesuma-pastikan-hak-pekerja-terbela

  • THE HEART WORK REVOLUTION
    TEN years after its inception, the Life at Work Awards (LAWA) 2025 marked not just a milestone but a movement that celebrates how Malaysia’s workplaces are evolving with compassion, flexibility and purpose. Hosted by Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), the gala night honoured organisations leading the way in shaping a fairer, more progressive, human-centred world […]
  • Group wants clear framework, pilot projects before expanding EIS to gig workers
    PETALING JAYA: The Malaysian Industrial, Commercial and Service Employers Association (Micsea) has called on the government to set a clear policy framework and run pilot projects before expanding the Employment Insurance System (EIS) to gig and platform-based workers. The association said the plan, announced by human resources minister Steven Sim in the Dewan Rakyat on […]
  • Employer group seeks clarity on foreign worker pay rules after court ruling
    KUALA LUMPUR (Nov 3): The Malaysian Industrial Commercial & Service Employers Association (MICSEA) is calling on the Ministry of Human Resources (MOHR) to issue clear and structured guidelines on wage payment timelines for foreign workers, following a recent court ruling that employers must pay wages from the moment these workers arrive in Malaysia. The call […]
  • HR minister: Court backpay ruling a warning for employers over unpaid migrant wages
    PUTRAJAYA: Human Resources Minister Steven Sim said the Shah Alam High Court’s ruling on unpaid wages to foreign workers should serve as a clear warning to employers, as withholding salaries is a serious breach of Malaysia’s labour laws. Referring to the ruling delivered on Friday, he said the Human Resources Ministry would not compromise with […]
  • Malaysia steps up efforts to ensure fair, dignified worker housing, says HR minister
    GEORGE TOWN, Oct 28 — Malaysia is committed to ensuring that accommodation provided to workers meets international standards. Human Resources Minister Steven Sim Chee Keong said the government is taking a firm stand to regulate and enforce the Workers’ Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990. He said compliance with ESG requirements is […]
  • Gig workers can be represented by family members, associations in disputes, says HR Minister
    KUALA LUMPUR: Gig workers who are unable to represent themselves during dispute mediations in the Tripartite Council can be represented by family members or a body such as an association of gig workers, says Steven Sim. The Human Resources Minister also stated that unions can represent gig workers in the Tripartite Council only if they […]
  • Malaysia reaffirms commitment to workers’ welfare, regional solidarity at 14th Asean Labour Conference
    GEORGE TOWN: Malaysia has underscored its firm commitment to upholding workers’ welfare, human dignity and regional cooperation during the 14th Asean Labour Inspection Conference. Human Resources Minister Steven Sim said Malaysia is committed to ensuring that the accommodation provided to workers is in line with international standards. He said the firm stand of the government […]
  • ILO chief begins inaugural official visit to Malaysia on Oct 20
    PUTRAJAYA: International Labour Organisation (ILO) director-general Gilbert F. Houngbo will undertake a two-day working visit to Malaysia from Monday (Oct 20). The Human Resource Ministry said this marks the first official visit by an ILO director-general since Malaysia joined the organisation in 1957. “This visit signifies recognition of Malaysia’s active role and continued commitment to […]
  • Govt allows case-by-case foreign worker approvals until year-end, says Home Minsitry
    PUTRAJAYA, Oct 14 — The government has agreed to grant facilitation for foreign worker quota applications on a case-by-case basis to three sectors, namely plantation, agriculture, and mining and quarrying, as well as ten subsectors, until December 31 this year, the Home Ministry announced. The subsectors are security services, metal and scrap materials, cleaning and […]
  • Malaysia to join Global Coalition for Social Justice next year
    KUALA LUMPUR: Malaysia intends to join the Global Coalition for Social Justice at the 114th International Labour Conference (ILC) next year. The Human Resources Ministry in a statement on Tuesday (Oct 21) said the matter was revealed by its minister, Steven Sim Chee Keong, during a casual meeting with the Director-General of the International Labour […]